Mangsa kepala air ditemukan meninggal dunia

Mangsa ditemui pasukan penyelamat pada jam 10.35 pagi tadi.
A
A

TAIPING - Selepas lebih 40 jam dilaporkan hilang, seorang lelaki yang dihanyutkan kepala air di Air Terjun Burmese Pool di sini, ditemukan meninggal dunia.

M Jastin, 24, ditemui anggota bomba yang meneruskan operasi mencari dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) pada jam 10.35 pagi tadi, kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, operasi mencari bermula pada jam 4.30 petang, kelmarin, namun tidak menemui sebarang petunjuk.

"Pasukan mencari hari ini membuat pembahagian kepada tiga kumpulan dan kumpulan kedua berjaya menemui mangsa, 200 meter dari tempat kejadian.

"Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ketika kejadian, mangsa sedang berkelah bersama lima ahli keluarga,dan dia yang duduk di atas batu sungai itu tidak dapat menyelamatkan diri sebelum dihanyutkan arus deras.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia