Usia 9 tahun sudah pandai kayuh basikal MTB

Muhammad Aqif menunjukkan pingat yang diperolehi selepas tamat menyertai acara kayuhan sejauh 30 kilometer dalam acara kayuhan TM Flyover International Ride.
Muhammad Aqif menunjukkan pingat yang diperolehi selepas tamat menyertai acara kayuhan sejauh 30 kilometer dalam acara kayuhan TM Flyover International Ride.
A
A
A

TANAH MERAH - Hobi berbasikal tidak menghalang seorang kanak-kanak berusia 9 tahun menyertai pelbagai acara kayuhan yang dianjurkan di sekitar negeri ini.

Muhammad Aqif Azmira, 9, berkata bapanya menjadi pencetus semangat dan sering menyertai acara berkenaan yang juga mendorong dia mengikuti hobi bapanya itu.

Muhammad Aqif berkata, kerana minatnya itu, bapanya juga sanggup memberi dia berlatih mengayuh basikal jenis MTB dan akhirnya mempunyai basikal sendiri.

"Setakat ini pelbagai acara telah saya sertai dan terbaru pada acara kayuhan TM Flyover International Ride di sini Sabtu lalu.

"Ramai yang tanya macam mana saya berlatih, saya akan sentiasa ikut ayah," katanya.

Muhammad Aqif berkata, sukan berbasikal sebenarnya memberi satu kepuasan pada dirinya dan dia berharap dapat meneruskan aktiviti ini ke peringkat lebih baik.

Menurutnya lagi, kini sukan berbasikal tidak asing lagi, malah menjadi aktiviti rutin bagi dirinya.

Artikel Berkaitan: