Majlis perkahwinan empat hari, empat malam anak penerbit sinetron Indonesia

Amrit Punjabi dan Sanjana
A
A

JAKARTA - Penuh kemewahan, itu gambaran majlis gilang-gemilang perkahwinan Amrit Punjabi, anak bongsu penerbit sinetron Indonesia terkenal dengan jolokan 'Raja Sinetron', Raam Punjabi yang berlangsung selama empat hari, empat malam di sebuah hotel mewah di Bali, hujung minggu lalu.

Menerusi laporan Detik.Hot majlis perkahwinan Amrit dan wanita idamannya, Sanjana yang bertemakan Samba berlangsung sejak 14 Ogos hingga 18 Ogos di Hotel Kempinski, Bali.

Sanjana dan Amrit memilih #TheSambaWedding berlangsung selama empat hari empat malam.

Amrit tampil segak dengan berpakaian berbunga dan berwarna-warni, manakala pengantin wanitanya pula menggayakan gaun kilat berwarna perak.

Antara temu yang hadir.
Antara temu yang hadir.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran artis terkemuka Indonesia, Bunga Cinta Lestari bersama pasangan Ashraf Sinclair, Nia Ramadhani Bakhri, Nikita Willy serta ramai lagi artis Bollywood.

Amrit yang juga bekerja dibawah syarikat produksi bapanya, Film Multivision Plus (MVP), turut memainkan peranan penting dalam perniagaan keluarga mereka.

Upacara pernikahan dengan tradisi India dengan sebanyak 5 ribu undangan dari 48 negara yang diundang oleh keluarga Raam Punjabi. Pada hari itu, sejumlah keluarga mengenakan pakaian tradisional India.

Malah majlis dimeriahkan oleh Sangeet, merupakan salah satu tradisi bagi pernikahan India di mana pengantin dan keluarga berkumpul untuk menari dan bernyanyi bersama sebelum akad nikah bermula.

Tujuannya adalah untuk menyatukan kedua keluarga. Masing-masing keluarga menunjukkan tarian khas Bollywood.

Foto Prewedding
Foto Prewedding

Sementara itu, menerusi laporan Suara.Com, sebelum pesta tersebut, Amrit dan istri, Sanjana, melakukan sesi foto prewedding. Keduanya tampil tak kalah glamour dari pesta pernikahan.

Acara dan foto-foto pernikahan mereka dikongsikan Instagram rasmi dengan nama ‘The Samba Wedding’ yang juga menjadi tema pernikahan mereka.

Lokasi prewedding ternyata juga dilakukan di tempat pernikahan mereka, The Apurva Kempinski. Hotel bintang lima yang memiliki konsep kemegahan Majapahit.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia