Kedah tidak tertekan berdepan PKNS FC esok

Baddrol (tengah) bersama rakan-rakannya sebelum turun berlatih di Stadium Sultan Abdul Halim, petang ini.
Baddrol (tengah) bersama rakan-rakannya sebelum turun berlatih di Stadium Sultan Abdul Halim, petang ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Tiada tekanan yang dirasai oleh Kedah apabila menerima kunjungan PKNS FC bagi aksi keempat Kumpulan A Piala Malaysia 2019 di Stadium Darul Aman, malam esok.

Kedah kini berada di tangga kedua Kumpulan B yang berkongsi 4 mata sama dengan PKNS FC di tangga ketiga, Negeri Sembilan di tangga keempat tanpa mata manakala Terengganu FC unggul di tangga pertama dengan 9 mata selepas tiga perlawanan.

Ketua pasukannya, Baddrol Bakhtiar berkata, beliau bersama rakan-rakannya akan turun dengan matlamat untuk mengutip tiga mata selepas sekadar seri 1-1 dengan kelab tersebut di laman lawan sebelum ini bagi perlawanan ketiga Kumpulan A.

"Kami tidak tertekan malah terus memburu kemenangan dalam usaha untuk terus mara ke peringkat seterusnya. Bagi mana-mana pemain yang diturunkan, saya mengharapkan mereka akan memberikan persembahan terbaik," katanya kepada media selepas menerima Anugerah Pemain Terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - asiana.my bagi edisi Jun 2019 di Stadium Sultan Abdul Halim petang tadi.

Baddrol muncul pemain terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - asiana.my bagi edisi Jun 2019
Baddrol muncul pemain terbaik Liga Super Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) - asiana.my bagi edisi Jun 2019

Menurutnya, anugerah tersebut membarakan lagi semangat beliau untuk memberikan aksi terbaik membantu Lang Merah pada kempen Piala Malaysia 2019.

Anugerah itu disampaikan oleh Eksekutif Perundangan PFA Malaysia, Azzairi Rosle dalam satu majlis ringkas.

Beliau menerima undian tertinggi sebanyak 39.56% (9,836 undi) mengalahkan empat calon lain iaitu Ifedayo Olusegun dari Selangor FA (24.28% - 6,037 undi), Sanjar Shaakhmedov dari Terengganu FC (17.05% - 4,235 undi), Safawi Rasid dari JDT (10.88% - 2,076 undi) dan Ronaldo Henrique Silva dari Perak FA (8.25% - 2051 Undi)

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod, ini merupakan kemenangan ketiga buat Baddrol Bakhtiar selepas terpilih pada edisi Ogos 2016 dan Februari 2017.

Sebagai pemenang, beliau menerima sebuah trofi dan sebingkai gambar sumbangan asiana.my, wang tunai berjumlah RM1,500, jersi khas tajaan Great Heights dan gel sukan aktif tajaan Maselfix.