62 buah kereta terjual dalam lelongan awam JPJ

Sesi bidaan yang berlangsung dalam lelongan awam di KDN di sini hari ini.
Sesi bidaan yang berlangsung dalam lelongan awam di KDN di sini hari ini.
A
A
A

ALOR SETAR - Jabatan Pengangkutan Jalan ( JPJ) Kedah menjual sebanyak 62 buah kenderaan dalam lelongan awam hari ini.

Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff berkata, jumlah bidaan lelongan pada kali ini yang berjaya dikutip adalah sebanyak RM560,350.

Menurutnya, bidaan tertinggi dalam lelongan terbabit adalah sebuah kereta jenis Honda Odyssey dengan nilai bidaan RM29,000.

Ismasuhaimi
Ismasuhaimi

Ismasuhaimi
Ismasuhaimi

"Lelongan kedua tertinggi adalah Honda Stream, Honda Odyssey dan Civic FD dengan nilai bidaan RM28,000.

"Manakala bidaan ketiga tertinggi adalah Nissan Fairlady dengan nilai jualan sebanyak RM23,000," katanya ketika sidang media di Dewan Serbaguna Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bandar Muadzam Shah, Anak Bukit di sini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, lelongan berkenaan merupakan siri kedua yang mana siri pertama telah dijalankan pada 28 April lalu.

"Hasil lelongan kedua-dua siri ini sebanyak 104 buah kenderaan terjual dengan kutipan jualan sebanyak RM1.215 juta.

"Baki kereta yang tidak terjual pada hari ini kita akan bawa ke sesi lelongan seterusnya," katanya.