Padah ugut bakar rumah, rosakkan motosikal jiran

Tertuduh, Noor Azli mengaku salah terhadap pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan melakukan khianat dengan merosakkan motosikal milik jirannya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
Tertuduh, Noor Azli mengaku salah terhadap pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan melakukan khianat dengan merosakkan motosikal milik jirannya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki dipenjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini kerana mengugut mahu membakar rumah dan merosakkan motosikal jirannya April lalu.

Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman itu selepas Noor Azli Abu Bakar, 45, mengaku salah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula daripada tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 10 April lalu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Ka Full manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Artikel Berkaitan: