Isu hina rakyat Kelantan: Caprice mohon maaf

A
A

PENYANYI rap, Caprice membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Kumpulan Anak muda Kelantan menerusi akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

"Salam Kelantan, Caprice memohon maaf kepada Kumpulan Anak muda Kelantan jika mereka terasa berkenaan posting itu, namun menyifatkan IG kelantan sebagai batu api kerana mengambil video tanpa kapsyen di post.

"Caprice setuju yang kenyataan Zakir Naik berkenaan tetamu itu provoke, namun Zakir Naik tidak sepatutnya dilayan sedemikian atas ilmu islam yang canggih.

"Rakyat Malaysia perlu bersatu sama sama dan tidak terlalu fokus akan racial issue. Caprice sedia untuk bekerjesama dgn NGO Anak Muda Kelantan untuk bantu ummah sebab dua2 pihak ade visi yang sama dan kita ade bina platform seperti, IslamPro: servis ke rumah, Mengaji.com dan Umrahloka.

"Lagi baik kita membesarkan kes ini dan kerjasama sebab dari awal tahun Caprice sendiri pernah cuba jumpa ahli-ahli pemimpin Kelantan. Insya-ALLAH kalau dapat peluang kita boleh kerjasama," tulisnya di IG.

Sebelum ini menerusi laporan Astro Awani menulis, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan polis terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli atas dakwaan menghina rakyat Kelantan.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya sekitar jam 4.45 petang, Ahad.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia