Lelaki pecut kereta dari ditahan akhirnya dicekup

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki ditahan selepas gagal memberi kerjasama kepada polis dengan memecut kenderaannya walaupun telah diarah berhenti dalam satu rondaan polis di Jalan Raya Pandan Indah di sini tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, kejadian berlaku lebih kurang jam 12.09 tengahari semasa anggota Unit Kereta Peronda Polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya sedang membuat rondaan telah nampak kereta Proton Preve warna putih yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

Menurutnya, anggota MPV telah arahkan suspek untuk memberhentikan keretanya dengan membuka lampu matarah tetapi suspek terus memecut laju kenderaannya.

"Setelah beberapa minit dikejar, suspek berjaya ditahan di Lebuhraya Salak Taman Connaught.

"Pemeriksaan ke atas suspek dan kereta tiada apa-apa barang salah yang ditemui namun suspek didapati memandu dalam keadaan yang membahayakan dan juga telah melanggar sebuah kereta lain jenis Perodua Viva di Jalan Tun Razak Kuala," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Azmi berkata, hasil siasatan polis, suspek berusia 41 tahun mengaku tidak memberhentikan kereta kerana tidak membawa lesen memandu dan dalam pengaruh dadah.

"Hasil ujian air kencing suspek dapati positif jenis dadah amphetamine. Suspek juga mempunyai satu rekod jenayah lampau kerana memiliki senjata api.

"Suspek direman empat hari bermula hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Sesyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: