Sheila Rusly tak seaneh cerita orang: Nazim Othman

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Nazim Othman, 35, berkongsi pengalamannya ketika berlakon di bawah penerbit dan pelakon Sheila Rusly.

"Sebelum bekerja dengan JS Pictures, saya dah dengar macam-macam cerita yang kata Sheila Rusly ini garang macam Singa, suara dia pun macam petir sewaktu nak ribut.

"Jujurnya, saya pun skeptikal pada awalnya untuk bekerja dengan JS Pictures. Saya tak pernah berborak dengan Sis sepanjang sedekad dalam industri.

"Tapi siapa sangka daripada satu komen saya pada gambar masakan sis, saya dipelawa datang ke rumahnya. Dia masak untuk saya ok? OMG? Lepas tu baru saya bekerja buat kali pertama dengan JS Pictures untuk telefilem Silang," tulisnya di Instagram.

Nazim yang kini sedang menjalani penggambaran drama Cindai turut menyifatkan pelakon wanita yang lebih mesra disapa dengan panggilan Sis itu, seorang yang teliti dalam melakukan kerjanya.

"Sheila Rusly langsung tak seaneh cerita-cerita orang. Saya tak pernah lagi nampak Sis menegur tak bertempat. Saya sendiri selesa bekerja bawah arahan suaminya, @jinggo_jspictures.

"Bagi saya Sis seorang yang mahukan terbaik untuk semua orang, bukan sahaja sebagai produser tetapi juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek terbabit. Kesempurnaan tak pernah wujud, apa yang saya nampak ialah seorang yang teliti dengan kerjayanya," terang Nazim.

Artikel Berkaitan: