Yew Yin beri keterangan hari ini

Yew Yin (kanan) dilihat berada di hadapan Balai Polis Jelapang bersama Ketua Polis Balai Jelapang, Inspektor Rashidi Othman.
Yew Yin (kanan) dilihat berada di hadapan Balai Polis Jelapang bersama Ketua Polis Balai Jelapang, Inspektor Rashidi Othman.
A
A
A

IPOH - Ahli perniagaan, Koon Yew Yin hadir ke Balai Polis Jelapang di sini hari ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung kenyataan kontroversi beliau berkaitan anggota tentera.

Beliau tiba kira-kira jam 2.55 petang menaiki kereta jenis BMW bersama seorang wanita.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng yang juga peguam mewakili Yew Yin turut dilihat hadir di balai polis tersebut kira-kira jam 3.10 petang.

Cheok Keng dilihat masuk ke perkarangan Balai Polis Jelapang selepas Yew Yin tiba memberi keterangan kepada polis.
Cheok Keng dilihat masuk ke perkarangan Balai Polis Jelapang selepas Yew Yin tiba memberi keterangan kepada polis.

Yew Yin, 87, sebelum ini mencetuskan kontroversi dalam tulisan di dalam blognya yang memperlekeh anggota tentera dengan mengatakan bahawa mereka hanya makan dan tidur, majoriti mereka tidak pernah melepaskan tembakan melainkan menembak papan sasaran dan sepatutnya mereka digunakan bagi mengganti pekerja asing yang diupah di ladang Felda.

ARTIKEL BERKAITAN: Yew Yin tarik balik kenyataan, mohon maaf kepada tentera

Bagaimanapun pada 14 Ogos lalu beliau mengemukakan permohonan maaf dan menarik balik tulisan di blog tersebut.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: