Selangor sedia maklum isu penjaja haram warga asing: MB

Amirudin (tengah) meluangkan masa hampir satu jam pada Sesi Town Hall bersama Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
Amirudin (tengah) meluangkan masa hampir satu jam pada Sesi Town Hall bersama Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menambah baik polisi menangani isu peniaga asing dan peniaga kecil di Selangor susulan menerima aduan yang tinggi berkaitan isu itu.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri akan meneruskan tindakan tegas dan menjalin kerjasama dengan agensi berkaitan dalam membanteras aktiviti peniaga asing.

"Bukan hanya di Selayang, banyak lokaliti dan aduan berkenaan peniaga asing menjaja. Kita cuba laksanakan pelbagai program dengan kerjasama agensi kerajaan seperti kastam, imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal (KPDNHEP) KPDNHEP untuk basmi serta tangkap warga asing meniaga secara haram.

" Tindakan tegas akan diambil kerana aduan mengenainya banyak dan hal ini perlu tangani, jika tidak ia menutup peluang warga tempatan untuk meniaga," katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Program Pemerkasaan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor dan Sesi Town Hall Bersama Menteri Besar Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) hari ini.

Turut hadir Exco Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han dan Exco Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian.

Amirudin berkata, program julung kali diadakan itu menumpukan kepada sesi town hall dan cadangan Belanjawan Selangor 2020.

"Banyak perkara dibangkitkan antaranya isu infrastruktur, fokus ekonomi dan program kerajaan negeri melibatkan pembangunan di Selangor.

Artikel Berkaitan:

"Cadangan ahli majlis ini diambil maklum dan cuba masukkan dalam belanjawan negeri yang akan dibentangkan akhir tahun ini," katanya.