Penunggang motosikal maut selepas lawan arus

Motosikal ditunggang Siritar sebelum bertembung sebuah kereta di susur Nusa Idaman, Lebuhraya Link Kedua, Iskandar Puteri, hari ini.
Motosikal ditunggang Siritar sebelum bertembung sebuah kereta di susur Nusa Idaman, Lebuhraya Link Kedua, Iskandar Puteri, hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah kereta dari arah ]bertentangan di susur Nusa Idaman, Lebuhraya Link Kedua, Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, G Siritar, 35, maut ditempat kejadian dipercayai akibat mengalami cedera parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, siasatan awal mendapati punca kemalangan disyaki akibat kecuaian mangsa yang bertindak menunggang motosikal melawan arus.

“Mangsa dipercayai menunggang melawan arus menuruni susur dari arah Taman Nusa Idaman menghala ke Lebuhraya Link Kedua sebelum berlanggar sebuah kereta dari arah bertentangan.

“Kemalangan itu turut mengakibatkan pemandu kereta berusia 26 tahun cedera yang kemudiannya dibawa ke hospital untuk rawatan dan mayat mangsa pula dibawa ke Hospital Kulai untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: