Persatuan veteran tentera gesa Yew Yin dikenakan tindakan

Ahli PVATM Cawangan Selising berkumpul menyatakan kemarahan terhadap Yew Yin selepas Abdul Aziz membuat laporan. (gambar kecil: Abdul Aziz)
Ahli PVATM Cawangan Selising berkumpul menyatakan kemarahan terhadap Yew Yin selepas Abdul Aziz membuat laporan. (gambar kecil: Abdul Aziz)
A
A
A

PASIR PUTEH - Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Selising mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas ahli perniagaan, Koon Yew Yin yang menghina angkatan tentera negara ini.

Pengerusinya, Abdul Aziz Awang Lah berkata, permohonan maaf secara terbuka daripada ahli perniagaan itu tidak memadai kerana ia merupakan kesalahan yang sangat besar.

"Kami meminta pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya sebagai pengajaran.

"Jika tiada apa-apa tindakan, budaya penghinaan ini akan terus menular yang memberi kesan buruk kepada keamanan negara," katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Puteh hari ini.

Abdul Aziz berkata, ahli perniagaan itu sepatutnya bersyukur kerana dapat berniaga dalam negara yang aman dan damai.

"Cadangan agar tentera menggantikan buruh di ladang kelapa sawit agak keterlaluan, ia menggores perasaan banyak pihak," katanya.

Pada 12 Ogos lalu, Yew Yin dalam laman blog kendaliannya meminta kerajaan menyemak semula senarai pekerja di jabatan kerajaan serta memecat pekerja yang tidak diperlukan.

Beliau menjadikan anggota tentera sebagai contoh dan menyifatkan anggota pasukan keselamatan negara itu hanya makan dan tidur sahaja.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, pada Rabu lalu selepas mendapat kecaman ramai ahli perniagaan itu akhirnya menarik balik kenyataannya terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menimbulkan rasa kurang senang kebanyakan pihak.

Dalam satu kenyataan di laman blognya juga, Yew Yin menyatakan, beliau juga meminta maaf kepada anggota tentera yang sudah bersara dan sedang berkhidmat.

ARTIKEL BERKAITAN: Veteran tentera tolak permohonan maaf Yew Yin