Masjid ke-6 sumbangan Malaysia di Kemboja siap akhir tahun

Mustapha. - Foto Bernama
Mustapha. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah masjid yang sedang giat dibina Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa di Kampung Thamer, Komboja, dijangka siap sepenuhnya pada akhir tahun ini.

Pengerusi NGO tersebut, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, masjid yang menelan kos kira-kira AS$100,000 (RM405,090) itu, adalah masjid keenam yang dibina NGO itu di Kemboja.

“Kerja-kerja pembinaan masjid itu sedang rancak dijalankan sejak Mei lepas. Ia diperbuat daripada batu dan mempunyai tempat solat wanita di sebelah atas masjid. Masjid ini turut mempunyai ruang untuk sekolah atau tadika Islam, serta kemudahan padang untuk bersukan.

"Masjid ini dibekalkan dengan kuasa solar, agar kampung ini tidak menghadapi masalah bil letrik yang mahal di sini. Bagi sumber air pula, beberapa perigi akan dibina bagi kemudahan masjid," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pembinaan masjid itu bakal beri manfaat kepada penduduk untuk melaksanakan aktiviti harian termasuk bidang pendidikan, serta aktiviti keagamaan.

Sementara itu, Ketua Kampung, Scten Meen berkata pembinaan masjid itu akan mengeratkan hubungan anatra penduduk kampung selain ia membuka lembaran baru bagi penduduk di kawasan jauh di perdalaman ini.

"Kampung ini amat memerlukan sebuah Masjid, kerana kami sudah menetap di sini lebih 20 tahun dan rata rata kami berkerja mengambil upah menanam padi dan penoreh getah," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: