[VIDEO] Prosiding perbicaraan kes 1MDB ditangguhkan

Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Prosiding perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Seri Najib Tun Razak ditangguhkan kepada Isnin depan selepas Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pihak pendakwaan memaklumkan bahawa perbicaraan SRC International masih belum selesai dan sedang berlangsung.

Gopal Sri Ram turut memaklumkan, pihaknya hanya menerima arahan daripada Mahkamah Persekutuan pada Rabu lalu supaya diserahkan pada Jumaat (16 Ogos lalu).

Selain itu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu memaklumkan, pihaknya juga baru sahaja menerima 15 ikatan dokumen daripada bank-bank termasuk dari Swiss dan Singapura yang perlu diteliti untuk digunakan dalam perbicaraan.

Beliau menjelaskan mengenai hak statutori peguambela untuk meneliti keterangan saksi yang baru diterima yang mana peguam mempunyai sekurang-kurangnya 14 hari untuk menelitinya yang mana pihak pendakwaan hanya dapat menyerahkannya pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan peguambela Najib memaklumkan mahkamah, mereka memerlukan lebih banyak masa sebagai persediaan kerana mereka baru menerima 15 ikatan dokumen berkenaan di mana setiap dokumen mengandungi antara hingga 90 hingga 200 halaman.

Hakim Collin Lawrance Sequerah bagaimanapun mengekalkan keputusannya supaya perbicaraan bermula pada hari Isnin.

"Saya bersedia untuk lebih fleksibel jika anda memerlukan masa... saya boleh menangguhkannya untuk sementara atau setengah hari,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Najib keluar dari Mahkamah Tinggi Jenayah 1 bagi sebutan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Najib keluar dari Mahkamah Tinggi Jenayah 1 bagi sebutan kes 1MDB di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

Pada masa yang sama Collin menetapkan Khamis ini untuk sebutan kes itu bagi membolehkan pihak pendakwaan dan peguam bela memaklumkan status terkini perbicaraan SRC International.

Susulan penangguhan perbicaraan kes 1MDB, perbicaraan kes SRC International disambung petang ini dengan pihak pendakwaan akan memanggil saksi terakhir pendakwaan, Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPj) Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rosli Hussain.

LANGSUNG: Prosiding perbicaraan kes 1MDB terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguh, lapor wartawan Sinar Harian, MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI dan SITI AZIELAH WAH. Klik di sini: bit.ly/sokongberitakami #SinarLive #SinarTV #SinarHarian

Posted by Sinar Harian on Sunday, August 18, 2019