[VIDEO] Perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguhkan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - [LANGSUNG]Biarpun telah beberapa cubaan oleh pendakwa raya mahupun barisan peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6, prosiding perbicaraan yang ditetapkan pada 19 Ogos akhirnya bermula hari ini.

Bermula dari permohonan penangguhan perbicaraan oleh pendakwa raya dilakukan secara lisan di Mahkamah Tinggi, permohonan dilakukan secara rasmi dengan memfailkan permohonan melalui notis usul di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang bakal mendengar perbicaraan, Collin Lawrence Sequerah.

IKUTI LANGSUNG PERBICARAAN NAJIB:

9.45 pagi: Najib meniggalkan kamar Mahkamah Tinggi Jenayah 3 selepas prosiding perbicaraan kes ditangguhkan.

9.35 pagi: Prosiding perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguhkan kepada Isnin depan selepas Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengetuai pihak pendakwaan menjelaskan bahawa perbicaraan SRC International sedang berlangsung.

Pada masa yang sama Hakim Collin Lawrance Sequerah menetapkan Khamis ini untuk sebutan kes bagi membolehkan pihak pendakwaan dan peguam bela memaklumkan status terkini perbicaraan SRC International.

9.22 pagi: Prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB berjumlah RM2.3 bilion yang dihadapi Najib bermula pada jam 9.22 pagi.

9.15 pagi: Pendakwa utama, bekas hakim Gopal Sri Ram, bersama ahli pendakwaan lain iaitu Ahmad Akram Gharibz Mohammad Mustaffa P Kunyalam, T Deepa Nairz Nadia Mohd Izhar, Najwa Bistamam, Hazmida Harris Lee, dan Tan Song Yan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu barisan peguam Najib juga sudah berada di dalam mahkamah.

9.00 pagi: Najib tiba di pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan menaiki Proton Perdana Hitam.

Beliau disambut oleh beberapa orang penyokongnya.

Najib yang memakai sut biru gelap memasuki kamar Mahkamah Tinggi Jenayah 3, yang berada di tingkat empat sayap kanan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI

8:30: Pengamal media mula mengambil pas untuk masuk ke kamar perbicaraan.

Pihak mahkamah menyediakan pas khas untuk Pengamal media tempatan dan antarabangsa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi sebutan kes
Pihak mahkamah menyediakan pas khas untuk Pengamal media tempatan dan antarabangsa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi sebutan kes

8:00 pagi: Pengamal media mula memenuhi kawasan pekarangan lobi Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pengamal media tempatan dan antarabangsa berkumpul di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi sebutan kes 1MDB. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI
Pengamal media tempatan dan antarabangsa berkumpul di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi sebutan kes 1MDB. - Foto Sinar Harian ZAHID IZZANI



LANGSUNG: Prosiding perbicaraan kes 1MDB terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ditangguh, lapor wartawan Sinar Harian, MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI dan SITI AZIELAH WAH. Klik di sini: bit.ly/sokongberitakami #SinarLive #SinarTV #SinarHarian

Posted by Sinar Harian on Sunday, August 18, 2019