NYT dituduh sebar kebencian ke atas Trump

Ted Cruz
Ted Cruz
A
A
A

WASHINGTON - Senator Republikan, Ted Cruz menuduh akhbar The New York Times (NYT) menyebarkan propaganda yang memburuk-burukkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Cruz berkata, NYT telah melanggar prinsip kewartawanan disebalik kebebasan media.

Katanya lagi, laporan NYT terhadap Trump berniat jahat sekali gus menyebarkan kebencian ke atas Presiden AS itu.

Cruz turut menuduh NYT menyemarakkan lagi api perkauman di AS.

Trump sebelum ini kerap menggunakan frasa 'fake news' terhadap beberapa agensi media di AS setiap kali laporan tidak memihak kepada beliau atau pentadbirannya.

Selain NYT, Trump turut memusuhi CNN dan The Washington Post.

Menurut Trump, laporan tidak adil menyebabkan beliau dilabel sebagai rasis. - Agensi

Artikel Berkaitan: