Tempat cantik tapi tak ramai pelancong datang

Gambar hiasan - Foto iStock/Grafner
Gambar hiasan - Foto iStock/Grafner
A
A
A

HONG KONG, London dan Paris merupakan antara destinasi percutian terkenal yang sering menjadi pilihan pelancong dari serata dunia. Setiap tahun bandar-bandar ini menerima jutaan kedatangan pengunjung.

Namun tahukah anda terdapat beberapa lokasi percutian menarik yang kurang menerima kunjungan pelancong? Jika anda sedang merancang percutian, berikut adalah destinasi yang boleh dijadikan pilihan.

1- Tuvalu

Tuvalu adalah antara negara paling dipinggirkan di dunia. Lapangan terbang hanya boleh didapati di pulau utama Funafuti. Dari sana pelancong boleh meneruskan perjalanan dengan menaiki feri penumpang.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 2,000 orang

Tuvalu - Foto Getty Images
Tuvalu - Foto Getty Images

2- Kiribati

Terletak berjiran dengan Fiji pada jarak kira-kira 2,243 kilometer (km). Terdapat tiga pulau utama di Kiribati iaitu Pulau Gilbert, Phoenix dan Line.

Artikel Berkaitan:

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2016: 6,000 orang

Kiribati - Foto Getty Images
Kiribati - Foto Getty Images

3- Pulau Marshall

Merupakan salah satu tapak selam skuba paling menakjubkan di dunia. Di dasar lautan, terdapat puluhan bangkai kapal termasuk pesawat USS Saratoga yang digunakan tentera Amerika Syarikat untuk latihan nuklear.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 6,000 orang

Pulau Marshall - Foto Getty Images
Pulau Marshall - Foto Getty Images

4- Montserrat

Kebanyakan landskap Montserrat terbentuk daripada letusan gunung berapi pada tahun 1990 an. Alami sendiri Pompeii moden dan bersantai di pantai yang terhasil daripada runtuhan gunung berapi.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 8,000 orang

Montserrat- Foto dpa/AP
Montserrat- Foto dpa/AP

5- Niue

Dari Julai hingga Oktober, paus dari spesies humpback akan keluar di sekitar perairan Niue. Niue juga merupakan salah sebuah destinasi yang memberi peluang kepada pengunjung untuk berenang bersama spesies paus tersebut.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 10,000 orang

Niue - Foto AP
Niue - Foto AP

6- American Samoa

Terdapat pelbagai cara untuk meneroka laut di sini. Untuk mencari khazanah tersembunyi di kanopi hutan, boleh selusuri Taman Negara American Samoa dan melihat sendiri Kelawar buah Samoa mempunyai sayap selebar tiga kaki.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 20,000 orang

American Samoa - Foto AFP/Getty Images
American Samoa - Foto AFP/Getty Images

7- Kepulauan Solomon

Selusuri sejarah Perang Dunia Kedua dan lihat sendiri bangkai kapal selam dan kapal tangki minyak yang karam di dasar lautan.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 26,000 orang

Kepulauan Solomon - Foto Getty Images
Kepulauan Solomon - Foto Getty Images

8- Comoros

Terletak di antara Madagascar dan Mozambique, Comoros kurang dikunjungi serta kurang membangun. Sering digelar Kepulauan Parfum kerana tumbuhan aromatik dan wangian daripada bunga-bungaan memenuhi ruang udara pulau Comoros.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 28,000 orang

Comoros - Foto AFP/Getty Images
Comoros - Foto AFP/Getty Images

9- Sao Tome and Principe

Sesuai untuk penggemar alam semula jadi dan merupakan hotspot biodiversiti. Sao Tome and Principe dipenuhi pelbagai tumbuhan dan haiwan endemik. Di sini juga terdapat ratusan spesies orkid dan burung dalam pelbagai warna.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2016: 29,000 orang

Sao Tome and Principe - Foto AFP/Getty Images
Sao Tome and Principe - Foto AFP/Getty Images

10- Persekutuan Mikronesia

Terdapat 607 pulau di Persekutuan Mikronesia. Jika diletakkan kesemuanya bersama, ia membentuk 271 batu persegi tanah dan hampir 2.6 juta batu persegi air. Kebanyakan pulau tidak berpenghuni.

Di sini juga menempatkan Tapak Warisan Dunia UNESCO Nan Madol, yang terdiri daripada 100 pulau buatan manusia. Pelancong boleh meneroka istana besar dan kuil yang dibina antara tahun 1,200 hingga 1,500 sebelum Masihi.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2016: 30,000 orang

Persekutuan Mikronesia - Foto AP
Persekutuan Mikronesia - Foto AP

11- Djibouti

Menyajikan kepelbagaian landskap daripada Tasik Assal, Gunung Berapi Ardoukoba dan Tasik Abbe.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2010: 51,000 orang

Djibouti - Foto Getty Images
Djibouti - Foto Getty Images

12- Sierra Leone

Dari peperangan hingga ke wabak Ebola, negara barat Afrika ini menghadapi banyak kesukaran sejak beberapa dekad lalu. Namun ia adalah satu lagi sebab yang membantu pemulihan ekonomi pelancongan di negara itu.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2016: 54,000 orang

Sierra Leone - Foto Getty Images
Sierra Leone - Foto Getty Images

13- Guinea

Terletak bersebelahan dengan Sierra Leone, Guinea adalah dataran tinggi yang menempatkan pelbagai kawasan indah di Afrika Barat.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2016: 60,000 orang

Guinea - Foto Alamy Stock Photo
Guinea - Foto Alamy Stock Photo

14- Tonga

Nikmati pantai tersembunyi untuk diterokai di sini. Pemandangan pukulan ombak hingga beratus kaki di udara di pulau Tongatapu adalah pertunjukan semula jadi yang tidak ternilai.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 62,000 orang

Tonga - Foto AFP/Getty Images
Tonga - Foto AFP/Getty Images

15- Anguila

Mempunyai beberapa pantai terbaik di Caribbean. Dengan mengehadkan pelancongan ke pusat peranginan mewah di sini, Anguila secara tidak langsung menghalang pembangunan melampau di kawasan ini.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 68,000 orang

Anguila - Foto AFP/Getty Images
Anguila - Foto AFP/Getty Images

16- Timor Leste

Tour de Timor, perlumbaan basikal gunung selama lima hari menelusuri laluan mencabar, pendakian berterusan dan melewati perkampungan terpencil pasti menjadikan ia pengalaman berharga buat pelancong.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 74,000 orang

Timor Leste - Foto AFP/Getty Images
Timor Leste - Foto AFP/Getty Images

17- St. Vincent and the Grenadines

Sebelum lapangan terbang antarabangsa dibuka pada 2017, St. Vincent and the Grenadines yang merupakan rantaian pulau Caribbean menjadi wilayah kapal pengembara dan pemilik kapal layar persendirian.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 76,000 orang

St. Vincent and the Grenadines - Foto Getty Images
St. Vincent and the Grenadines - Foto Getty Images

18- San Marino

Dikelilingi oleh wilayah Itali di setiap sisi, Republik San Marino yang ditubuhkan pada tahun 301 adalah republik paling lama di dunia. Pelancong boleh menerokai kubu gunung di negara palingkurang dikunjungi di Eropah.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 78,000 orang

San Marino - Foto AFP/Getty Images
San Marino - Foto AFP/Getty Images

19- Dominica

Sembilan gunung berapi aktif masih ada di bawah hutan lembab di Dominica. Sejak tahun 2010, landskap gunung berapi pulau itu telah menarik pelancong untuk mengembara ke laluan mendaki jarak jauh pertama di Caribbean.

The Trail National Waitukubuli melintasi 185 kilometer cerun curam dan tanah lumpur.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 79,000 orang

Dominica - Foto Getty Images
Dominica - Foto Getty Images

20- Liechtenstein

Antara negara yang dikelilingi tanah (Landlocked countries). Di sini pelancong boleh melawat istana bersejarah dan kubu di perkampungan Balzers.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 79,000 orang

Liechtenstein - Foto Getty Images
Liechtenstein - Foto Getty Images

21- Vanuatu

Pelancong yang mengunjungi negara di Pasifik Selatan ini akan disajikan dengan pemandangan pulau terbaik, pasir pantai yang putih, pokok palma dan air jernih bak kristal. Namun, Gunung Merapi Tanna di Gunung Yasur adalah antara yang paling aktif di dunia.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 109,000 orang

Vanuatu - Foto Redux
Vanuatu - Foto Redux

22- St. Kitts and Nevis

Nikmati pantai indah dengan makanan laut segar.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 114,000 orang

St. Kitts and Nevis - Foto Getty Images
St. Kitts and Nevis - Foto Getty Images

23- New Caledonia

Sama ada ingin berlayar, snorkeling atau hanya berenang di pantai, lagun New Caledonia adalah pilihan terbaik. 95 peratus perairan di New Caledonia dilindungi, sekali gus mewujudkan tempat tinggal bagi kehidupan marin.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 121,000 orang

New Caledonia - Foto AFP/Getty Images
New Caledonia - Foto AFP/Getty Images

24- Eritrea

Selaman skuba bertaraf dunia, budaya yang pelbagai dan dan makanan tradisional adalah antara tarikan di negara ini. Pelancong juga boleh melawat senibina Modernist di Asmara, sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2016: 142,000 orang

Eritrea - Foto AFP/Getty Images
Eritrea - Foto AFP/Getty Images

25- Moldova

Sebuah negara Eropah Timur dan bekas republik Soviet. Ia juga adalah rumah kepada beberapa bilik bawah tanah terbesar di dunia.

Ketibaan pelancong antarabangsa pada 2017: 145,000 orang - CNN

Moldova - Foto Redux
Moldova - Foto Redux