Pencemaran sungai: Penduduk gesa Kerajaan Johor segerakan townhall

Keadaan terkini air di Sungai Daing yang kelihatan berwarna hitam dan berbau. Gambar kecil, penduduk menunjukkan memorandum yang akan dihantar kepada kerajaan negeri, Rabu ini.
Keadaan terkini air di Sungai Daing yang kelihatan berwarna hitam dan berbau. Gambar kecil, penduduk menunjukkan memorandum yang akan dihantar kepada kerajaan negeri, Rabu ini.
A
A
A

PASIR GUDANG - Penduduk Kampung Perigi Acheh menyeru kerajaan negeri menyegerakan sesi townhall berkaitan pencemaran dua sungai di kampung itu.

Ketua kampungnya, Othman Adon berkata, pihaknya juga berharap sesi itu akan diadakan di kampung itu.

"Semalam Exco (Tan Chen Choon) ada datang dengan pegawai agensi-agensi kerajaan dan beliau bertanyakan kepada saya tentang masalah pencemaran Sungai Kopok dan Sungai Daing.

Othman mendakwa air yang mengalir masuk ke Sungai Daing menyebabkan pencemaran di sungai tersebut.
Othman mendakwa air yang mengalir masuk ke Sungai Daing menyebabkan pencemaran di sungai tersebut.

"Kita (penduduk) pun tak pasti siapa yang bertanggungjawab jadi kita hanya boleh tunggu hasil siasatan.

"Cuma harapan kami disegerakan sesi townhall itu dan kalau boleh buatlah di kampung ini supaya orang kampung boleh dengar sendiri," katanya pada sidang media di kampung itu, hari ini.

Semalam, Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon melawat sendiri lokasi pencemaran sungai yang dilaporkan Sinar Harian dan beberapa media tempatan.

Beliau mengarahkan Jabatan Alam Sekitar Johor membuat pemeriksaan ke seluruh premis industri berhampiran selain menilai kualiti air Sungai Daing.

Artikel Berkaitan:

Malah beliau turut menjanjikan akan mengadakan sesi dialog dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesaian melibatkan punca rezeki nelayan yang terjejas.

Salah seorang penduduk kampung meninjau keadaan air yang mengalir masuk ke Sungai Daing.
Salah seorang penduduk kampung meninjau keadaan air yang mengalir masuk ke Sungai Daing.

Othman mencadangkan, kerajaan bertegas supaya dapat memastikan setiap air yang dilepaskan ke Sungai Daing telah melalui rawatan.

"Kita juga minta pihak majlis segera tutup dua laluan tikus di darat yang kita percaya jadi laluan pihak tidak bertanggungjawab membuang sisa ke sungai.

"Satu lagi punca pencemaran melalui air yang dilepaskan ke sungai secara terus dari kawasan perindustrian, di mana kita lihat airnya berwarna hitam, berbau yang menyengat dan menyebabkan batu-batu di situ juga bertukar warna menjadi hitam," katanya.

Dalam pada itu, Othman berkata, pihaknya akan menghantar memorandum pada Rabu ini yang antaranya menuntut jawapan bertulis daripada pihak berkuasa dan agensi yang berkaitan berhubung pencemaran tersebut.

Keadaan air sungai yang kotor dan berbau di sekitar kawasan perindustrian.
Keadaan air sungai yang kotor dan berbau di sekitar kawasan perindustrian.