X

Kindly register in order to view this article
!

'Kampung Memali jadi pesta gajah'

Salah seekor gajah diberikan makanan batang pisang manakala turut Orang ramai datang melihat gajah
A
A

BALING - Jalan Baling-Weng sesak dengan kenderaan apabila ratusan penduduk berpusu-pusu ke Kampung Memali untuk melihat dua ekor gajah denak yang baru sampai di kampung itu, petang tadi.

Suasana itu bagaikan satu pesta apabila orang dewasa termasuk kanak-kanak tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat haiwan berkenaan.

Jalan menuju lokasi sementara penempatan gajah sesak dengan kenderaan
Jalan menuju lokasi sementara penempatan gajah sesak dengan kenderaan

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Charok Puteh, Mohd Nor Manas berkata, dua ekor gajah denak itu dibawa dari Pahang dengan dua buah lori Unit Pengurusan Gajah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Menurutnya, haiwan itu akan digunakan untuk memindahkan seekor gajah jantan liar dalam hutan di Kampung Memali pada Selasa ini.

"Gajah liar berkenaan ditangkap anggota Perhilitan pada malam Khamis lalu setelah lebih setahun mengganas merosakkan tanaman penduduk.

"Kita yakin habitatnya terganggu akibat pembalakan. Gajah jantan itu akan dipindahkan ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah Pahang," katanya kepada Sinar Harian, petang ini.

Mohd Nor bergambar dengan salah seekor gajah
Mohd Nor bergambar dengan salah seekor gajah

Beliau berkata, buat sementara ini dua ekor gajah denak ini diletakkan sementara di kawasan lapang berhampiran rumah MPKK Kampung Becah Sawa/Memali iaitu Mohd Fazzeli Ahmad.

Terdahulu, dua ekor gajah berkenaan tiba di Kampung Charok Puteh sekitar jam 5.30 petang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan penempatan sementara gajah di Jalan Felcra Kampung Memali dipenuhi orang ramai yang sanggup datang untuk melihat haiwan itu walaupun hujan dan semakin senja.