Kasut cucu Jokowi jadi perhatian netizen

Kasut dipakai cucu Jokowi, Jan Ethes berharga RM1598.38.
A
A

JAKARTA - Cucu lelaki Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mencuri perhatian netizen sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan negara itu di Istana Merdeka di Jakarta, semalam.

Jan Ethes yang sentiasa mendampingi Jokowi dilihat memakai kasut jenama Gucci berwarna hitam.

Penampilan Jan Ethes sekali gus mengundang kritikan kerana tidak selari dengan gesaan Jokowi yang meminta rakyat negara itu supaya menyokong produk buatan tempatan.

Seperti semua sedia maklum, Gucci adalah jenama mewah dari Itali dan bukan semua orang mampu memilikinya.

Carian di portal childsplayclothing.co.uk menunjukkan harga bagi sepasang kasut kulit yang dipakai Jan Ethes berharga 315 pound (RM1598.38). - Agensi


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia