'Serangan bukti niat buruk kumpulan pengganas'

As-Sudais (tengah) mengecam keras serangan pengganas terhadap lapangan minyak di timur Arab Saudi.
As-Sudais (tengah) mengecam keras serangan pengganas terhadap lapangan minyak di timur Arab Saudi.
A
A
A

MAKKAH - [DIKEMASKINI] Ketua Dewan Pimpinan Umum Urusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Syaikh Dr Abdurrahman Abdul Aziz as-Sudais mengecam serangan pengganas terhadap lapangan minyak di timur Arab Saudi, semalam.

Beliau menegaskan tindakan ganas dan perbuatan terkutuk itu menguatkan bukti wujudnya niat terpendam kelompok pengganas itu untuk menjalankan rangkaian serangan terhadap negara ini dan negara-negara Islam lainnya.

"Mereka tidak peduli dengan batasan ALLAH dan maslahat Islam serta umat muslimin.

"Selain itu, mereka mengkhianati semua perjanjian dan kesepakatan antarabangsa yang mengecam tindakan terkutuk (pengganas) ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Menteri Tenaga, Industri dan Sumber Daya Mineral, Ir. Khalid Abdul Aziz al-Falih sebelum itu telah mengesahkan bahawa salah satu unit laboratorium gas di ladang minyak asy-Syaibah menjadi sasaran serangan peluru berpandu dari pesawat tanpa pemandu (drone).

Serangan itu mengakibatkan kebakaran namun dapat dipadamkan dengan segera dan tidak membabitkan kemalangan jiwa.

"Serangan berkenaan tidak menjejaskan produksi dan eksport minyak Kerajaan Arab Saudi.

"Kamu mengecam keras serangan pengecut ini kerana rangkaian serangan pengganas itu bukan hanya menyasarkan industri minyak di Arab Saudi sahaja malahan mahu menggugat bekalan minyak seluruh dunia.

Artikel Berkaitan:

"Ini bermakna serangan pengganas itu menjadi ancaman kepada kestabilan ekonomi dunia," katanya.