Tunku Ismail pandang serius isu pencemaran air di Johor

Kenyataan Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini.
Kenyataan Pemangku Raja, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini hari ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Isu pencemaran dan penyalahgunaan air di negeri ini, dipandang serius Pemangku Raja, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Memetik posting dimuat naik dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, baginda bertitah menegaskan kerajaan negeri supaya mula mengambil tindakan-tindakan yang perlu untuk memulihkan air Johor dari segi pencemaran.

Selain itu, Pemangku Raja turut bertitah kepada kerajaan negeri supaya menguruskan air dengan lebih baik, serta mendidik rakyat mengenai kesedaran terhadap penggunaan air.

Titah tersebut dizahirkan ketika berangkat ke Taklimat Berkaitan Sumber Air dan Pengurusan Sungai Negeri Johor di Bilik Gerakan, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar hari ini.

Turut kelihatan hadir dalam taklimat tersebut adalah Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal; Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani selain Ahli Mesyuarat Kerajaan Johor.

Artikel Berkaitan: