Penunggang motosikal maut rempuh kereta di lorong kecemasan

Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas melanggar kereta di lorong kecemasan di Kilometer 38, Lebuh Raya Shah Alam, Subang Jaya, awal pagi tadi. - Foto IHSAN PEMBACA
Mangsa maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas melanggar kereta di lorong kecemasan di Kilometer 38, Lebuh Raya Shah Alam, Subang Jaya, awal pagi tadi. - Foto IHSAN PEMBACA
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh sebuah kereta di lorong kecemasan di Kilometer 38, Lebuh Raya Shah Alam dari arah ibu negara di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Rashide Zainol berusia lingkungan 30-an disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135LC telah melanggar belakang kereta Proton Savvy yang diletakkan di lorong kecemasan.

"Ketika itu, mangsa datang dari arah ibu negara.

"Mangsa dipercayai tidak sempat mengelak kenderaan milik seorang wanita berusia awal 20-an itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa disahkan maut di lokasi kejadian dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: