'Alhamdulillah, Anisyah sudah pulang'

Anisyah
Anisyah
A
A
A

KULAI - Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang Khamis lalu, akhirnya pulang ke rumahnya di Taman Gunung Pulai di sini semalam selepas berita berhubung kehilangannya tular di media sosial.

Bapa kepada remaja terbabit, Ismail Zaini, 43, berkata, anaknya Anisyah berada di rumah rakan perempuannya di Bandar Tenggara.

Menurutnya, satu laporan polis telah dibuat berhubung kehilangan Anisyah selepas anaknya itu tidak pulang ke rumah setelah keluar kira-kira jam 4 petang Khamis lalu.

Jelasnya, Anisyah tidak mempunyai telefon bimbit dan dia juga menghubungi rakan anaknya itu meminta bantuan mencari di mana Anisyah.

"Rakannya itu bertindak mencari Anisyah di sebuah rumah rakan mereka di Bandar Tenggara.

"Alhamdulillah, Anisyah sudah pulang semalam selepas berita mengenai kehilangannya tular.

"Keadaan dia baik. Kami sekeluarga amat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu mengesan Anisyah termasuk rakan Anisyah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Artikel Berkaitan: