PSP dengan 36,000 tempat letak kereta mulai esok

Aplikasi PSP yang akan bermula digunakan esok.
Aplikasi PSP yang akan bermula digunakan esok.
A
A
A

GEORGETOWN - Fasa perintis untuk Sistem Tempat Letak Kereta Pintar di Pulau Pinang (PSP) akan dilaksanakan dengan 36,000 petak tempat letak kereta disediakan di seluruh negeri ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ini adalah sebahagian daripada fasa pertama sistem baharu yang diperkenalkan bermula esok sehingga Disember ini.

Menurutnya, PSP adalah perkhidmatan integrasi teknologi maklumat (ICT) melibatkan pengurusan dan operasi bagi petak tempat letak kereta secara pintar yang diuruskan Syarikat HeiTech Padu Berhad.

"Sistem ini menggunakan kombinasi teknologi Internet of Things (IoT), 'cloud computing', sistem pandu arah dan bayaran secara dalam talian. Projek ini adalah inisiatif Private Funding Initiative (PFI) iaitu satu usahasama kerajaan negeri dan swasta untuk tempoh tujuh tahun (5+2 tahun) bermula Mei lalu.

"Projek ini merangkumi aspek pengurusan; penyelenggaraan; penguatkuasaan, kutipan hasil dan operasi untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)," katanya pada sidang media selepas merasmikan PSP Fasa Perintis di Lebuh Chulia di sini tadi.

Kon Yeow (tengah) bersama Jagdeep (kiri) dan Abdul Halim merasmikan fasa perintis PSP tadi.
Kon Yeow (tengah) bersama Jagdeep (kiri) dan Abdul Halim merasmikan fasa perintis PSP tadi.

Turut hadir, Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dan Naib Presiden Eksekutif HeiTech Padu Berhad, Abdul Halim Md Lassim.

Katanya, untuk permulaan, kerajaan negeri memberi kredit percuma berjumlah RM5 kepada 10,000 pengguna pertama yang menggunakan aplikasi PSP tersebut dengan penggunaan teknologi e-wallet seperti Boost, Touch ‘n Go dan Grab Pay.

Artikel Berkaitan:

"Ini adalah usaha untuk menggalakkan orang ramai menggunakan sistem e-wallet ini. Untuk fasa perintis ini, ia satu tempoh untuk penilaian dan menggalakkan orang ramai menggunakan sistem ini. Kadar bayaran telah dipersetujui untuk kita kekalkan iaitu iaitu 80 sen sejam bagi kawasan MBPP dan 40 sen sejam bagi kawasan MPSP.

"Bagi pas bulanan pula, kadar bayaran kekal RM150 sebulan di kawasan MBPP dan RM75 sebulan di kawasan MPSP. Waktu kawalan kadar bayaran tempat letak kereta yang diselaraskan bagi seluruh negeri ini adalah Isnin hingga Sabtu kecuali hari Ahad dan cuti umum bermula jam 8 pagi hingga 6 petang. Waktu kawalan terbaru ini akan berkuat kuasa selepas tarikh pewartaan dimuktamadkan," katanya.

Kon Yeow merasmikan fasa perintis PSP di Lebuh Chulia tadi.
Kon Yeow merasmikan fasa perintis PSP di Lebuh Chulia tadi.

Kon Yeow berkata, kedua-dua PBT akan menghentikan penjualan kupon bermula akhir tahun ini, manakala tempoh sah laku penggunaan kupon tersebut adalah sehingga 31 Disember 2020.

"Bagi ejen jualan kupon dan penjual kupon tempat letak kereta, mereka boleh meneruskan perkhidmatan jualan menggunakan e-Kupon bermula September 2019 secara berperingkat sebagai persediaan awal peralihan kupon biasa kepada e-Kupon untuk kegunaan orang awam.

"Bagi menjayakan pelaksanaan PSP, penutupan beberapa jalan secara sementara di kawasan MBPP dan MPSP bagi pemasangan sensor untuk fasa perintis berjumlah 36,000 tempat letak kereta yang dijangka siap Ogos tahun depan," katanya.