Kementerian siasat dakwaan AP dijual secara dalam talian

 Salahuddin Ayub
Salahuddin Ayub
A
A
A

SERI ISKANDAR - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport pelbagai barangan makanan berkaitan produk pertanian.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya boleh menarik balik pemberian AP itu jika wujudnya aktiviti penyalahgunaan seperti didakwa.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan telah diarahkan menyiasat perkara berkenaan.

"Kalau mereka salah guna, kita akan ambil tindakan tegas sebagaimana kita ambil tindakan terhadap isu-isu yang lain.

"Kita tidak boleh berkompromi dengan penyelewengan tapi kita perlu siasat. Saya akan ambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pengeluaran AP itu tidak disalah guna," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Parit di sebuah hotel di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Asmuni Awi; Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak merangkap Ketua PKR Cabang Parit, Mohamad Anuar Zakaria dan Ketua Amanah Kawasan Parit, Baharurrazi Ahmad.

Beliau berkata demikian sebagai laporan sebuah akhbar tempatan bahawa AP bagi mengimport pelbagai barangan makanan yang dikeluarkan kerajaan dikesan diiklankan untuk dijual secara meluas oleh penerima kemudahan itu atau ejen mereka, menerusi laman web dan media sosial.

Menurut Salahuddin, kementeriannya seperti kementerian lain yang turut berdepan isu penyalahgunaan AP itu akan menyiasat dengan teliti sebelum tindakan lanjut dibuat.

Artikel Berkaitan: