Tak sampai 24 jam terima anugerah polis kantoi ambil rasuah

Palle Thirupati Reddy yang menerima anugerah konstabel cemerlang ditahan kerana rasuah. - Foto UnitedPunjabfc.com
Palle Thirupati Reddy yang menerima anugerah konstabel cemerlang ditahan kerana rasuah. - Foto UnitedPunjabfc.com
A
A
A

TELANGANA - Seorang pegawai polis di Telangana, India kantoi menerima rasuah 24 jam selepas diberikan anugerah konstabel terbaik.

Palle Thirupati Reddy, yang bertugas di balai polis Mahbubnagar menerima anugerah berkenaan ketika sambutan Hari Kemerdekaan India pada Khamis lalu.

Sehari kemudian, nama konstabel polis berkenaan kembali 'popular' apabila dia ditahan Biro Anti Rasuah (ACB) kerana dipercayai menerima sejumlah wang tunai sebagai habuan tidak memfailkan kes terhadap seorang individu.

Seorang pengadu bernama Ramesh mendakwa Reddy sering meminta bayaran daripadanya ketika dia melakukan kerja mengangkut pasir walaupun memiliki dokumen yang sah.

Susulan penahanannya, Reddy dihadapkan ke mahkamah ACB. - Agensi

Artikel Berkaitan: