Bekalan air di Johor terkawal

Sahruddin (tengah) ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Padang Golf Klasik Forest City di Padang Golf Klasik Forest City.
Sahruddin (tengah) ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Padang Golf Klasik Forest City di Padang Golf Klasik Forest City.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Bekalan air di Johor berada dalam keadaan terkawal, kata Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal.

Beliau berkata, kerajaan negeri sememangnya mempunyai pelan jangka pendek serta jangka panjang untuk mengelakkan terjadinya krisis air di Johor.

Menurutnya, sekiranya kerajaan negeri mahu melaksanakan tindakan catuan namun ia akan dibuat secara berperingkat.

"Kerajaan negeri maklum memang ada penurunan paras air di beberapa empangan namun telah mengambil segala tindakan yang perlu.

"Contohnya kita mengepam air dari Sungai Seluyut, Kota Tinggi ke Empangan Sungai Layang, Pasir Gudang," katanya ketika ditanya mengenai beberapa muka sauk loji rawatan air di negeri ini dikenalpasti mengalami penurunan ekoran cuaca panas dan kering yang melanda negara sejak awal bulan lalu.

Berikutan itu, Sahruddin menasihatkan orang ramai supaya menjimatkan penggunaan air dan mengelakkan pembaziran.

"Pastikan sungai kita tidak terus tercemar. Masyarakat perlu peka menjaga kebersihan sungai," katanya.

Sahruddin berkata, sehingga kini belum ada keperluan untuk melaksanakan pembenihan awan untuk mengatasi masalah itu.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, beliau hadir menyempurnakan Majlis Pelancaran Padang Golf Klasik Forest City di Padang Golf Klasik Forest City, di sini hari ini.