Perak sekadar seri di laman sendiri

Pemain Perak Raianderson Da Costa (kiri) melepaskan rembatan ketika dikawal pemain Pulau Pinang Mohammad Syukur Saidin (kanan) pada saingan Piala Malaysia 2019 di Stadium Perak malam ini.
Keputusan semasa seri 1-1. Foto Bernama
Pemain Perak Raianderson Da Costa (kiri) melepaskan rembatan ketika dikawal pemain Pulau Pinang Mohammad Syukur Saidin (kanan) pada saingan Piala Malaysia 2019 di Stadium Perak malam ini. Keputusan semasa seri 1-1. Foto Bernama
A
A
A

PERAK gagal memanfaatkan peluang beraksi di hadapan penyokong sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Pulau Pinang di Stadium Perak, malam ini

Keputusan itu sekali gus gagal memadam kekecewaan di Darul Makmur minggu lalu selepas terpaksa akur dengan kekalahan 3-0 dengan Pahang.

Pada awal perlawanan, kedua-dua pasukan kelihatan seimbang di atas padang.

Perak mendapat peluang awal pada minit ke-10 melalui cubaan J Partiban namun tersasar.

Bagaimanapun selang seminit kemudian J Partiban sekali lagi mengawal bola tetapi kali ini lorongannya berjaya dibaca Ronaldo Silva dengan menolak masuk mudah untuk Perak mendahului 1-0.

Jaringan tersebut sekali gus menamatkan kemarau gol penyerang import dari Brazil itu setelah empat perlawan tidak mencetak gol.

Skuad kendalian Mehmed Durakovic itu kemudiannya meneruskan asakan dan hasilnya pada minit 13 Perak nyaris menambah jaringan cubaan Careca namun dihalang penjaga gol Pulau Pinang, Muhammad Zamir Selamat.

Pulau Pinang cuba mencipta beberapa peluang melalui penyerang import, Casagrande namun gagal kerana perangkap ofsaid.

Artikel Berkaitan:

Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

Bermula separuh masa kedua, Harimau Kumbang kelihatan semakin garang dengan beberapa serangan ke kubu Perak dilancarkan.

Penyerang import, Casagrande sekali lagi mencuri tumpuan apabila melancarkan beberapa serangan kawasan Perak.

Hasilnya pada minit ke-63 Casagrande berjaya menyamakan kedudukan melalui serangan balas pantas akibat kesilapan pemain Perak.

Tersentak dengan kedudukan 1-1 itu, Durakovic merencana sesuatu dengan mengeluarkan Partiban dan memasukkan Muhammad Firdaus Saiyadi pada minit ke-66.

Perak memperoleh peluang terbaik untuk mendahului perlawanan namun ia disia-siakan Mohd Nor Hakim Hassan pada minit ke-77.

Pertahanan Pulau Pinang nyata kental menyerap asakan lawan sehingga tamat perlawanan yang berkesudahan 1-1.

Untuk perlawanan seterusnya, Perak akan berkunjung ke Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 24 Ogos nanti dalam perlawan timbal balik bagi pusingan kedua Kumpulan C.