Lebih 2,000 sertai Selangor Corporate Colour Run (SCCR) 2019

Antara peserta yang menyertai Selangor Corporate Colour Run (SCCR) 2019 di sini hari ini.
Antara peserta yang menyertai Selangor Corporate Colour Run (SCCR) 2019 di sini hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 2,300 peserta terdiri daripada warga korporat, komuniti perindustrian dan masyarakat menyertai Selangor Corporate Colour Run (SCCR) 2019 di sini hari ini.

SCCR 2019 yang dianjurkan Invest Selangor itu terbahagi kepada dua kategori iaitu 3 kilometer (membabitkan Ketua Pegawai Eksekutif, pihak pengurusan tertinggi syarikat dan penaja) manakala 5 kilometer (competitive run) terbuka untuk orang awam.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, program diadakan untuk mempromosikan kempen gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat dan komuniti perindustrian di negeri ini.

"Ini adalah tahun ketiga Invest Selangor menganjurkan program santai sebegini tetapi setiap tahun aktiviti berbeza apabila dua tahun lalu kita anjurkan berbasikal dalam kalangan pemain industri.

"Namun, biar pun julung kali larian ini dianjurkan kemeriahan jelas terasa apabila saya difahamkan seramai 2,100 peserta mengambil bahagian yang mewakili warga korporat, komuniti perindustrian dan masyarakat khususnya di Selangor," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Flag-Off SCCR 2019 di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Amirudin (tengah) ketika hadir merasmikan majlis Flag-Off SCCR 2019 di Stadium Shah Alam di sini hari ini.
Amirudin (tengah) ketika hadir merasmikan majlis Flag-Off SCCR 2019 di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Katanya, usaha yang dilaksanakan oleh Invest Selangor ini merupakan satu usaha yang baik.

"Sekali gus dengan aktiviti sebegini ia dapat merapatkan hubungan sesama pemain industri di negeri ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Acara itu juga sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat iaitu sebahagian dana terkumpul akan disumbangkan kepada badan kebajikan Kiwanis Down Syndrome Foundation melalui kategori khas iaitu Corporate Charity Run.

Hadiah ditawarkan bagi kategori lima kilometer Terbuka Lelaki dan Terbuka Wanita adalah RM350 (Tempat Pertama); RM250 (Tempat Kedua); RM150 (Tempat Ketiga); RM100 (tempat 4-10); RM80 (tempat 11-15); RM70 (tempat 16-20) dan RM60 untuk tempat 21 sehingga 25.