Hujung minggu Hong Kong dicemari protes

Penyokong proBeijing mengibarkan bendera China ketika himpunan di Tamar Park Hong Kong hari ini. - Foto AFP
Penyokong proBeijing mengibarkan bendera China ketika himpunan di Tamar Park Hong Kong hari ini. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Aktivis prodemokrasi Hong Kong terus mengadakan protes baharu hari ini di tengah-tengah kebimbangan berhubung tindakan Beijing susulan protes yang melanda hab kewangan antarabangsa itu.

Protes terbaharu berlangsung ketika ribuan penyokong proBeijing yang mengibarkan bendera China berhimpun di Tamar Park bagi mengutuk tindakan pihak lawan dan menyokong pasukan polis.

Demonstrasi anti-kerajaan selama berminggu-minggu termasuk protes ganas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong Selalu lalu menyebabkan China melabelkan tindakan melampau segelintir penunjuk perasaan 'seakan pengganas'.

Himpunan hari ini bermula dengan lebih 1,000 guru berarak dalam hujan sebagai tanda sokongan kepada protes yang diketuai anak muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Hong Kong berdepan krisis terbesar sejak 1997

Seorang guru muzik sekolah menengah bernama Yu berkata, dia berhasrat menunjukkan sokongan terhadap pelajar yang menunjuk perasaan meskipun tidak bersetuju dengan semua tindakan mereka.

Penunjuk perasaan anti-kerajaan berarak di daerah Hung Hom Hong Kong. - Foto AFP
Penunjuk perasaan anti-kerajaan berarak di daerah Hung Hom Hong Kong. - Foto AFP

"Saya menghargai keberanian dan rasa prihatin mereka terhadap Hong Kong, mereka sememangnya lebih berani daripada kerajaan kita," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada sebelah tengah hari, ribuan yang lain berarak di Hung Hom dan To Kwa Wan, dua daerah terkenal dalam kalangan pelancong tanah besar China.

"Kerajaan masih belum memenuhi sebarang permintaan, sebaliknya menunjukkan kuasa menerusi pasukan polis bagi menindas suara rakyat.

"Sekiranya kami tidak berhimpun, masa depan dan generasi akan datang akan terus ditindas," kata Mars, seorang penunjuk perasaan berusia 25 tahun kepada AFP.

Menjelang malam, segelintir penunjuk perasaan tegar bersemuka dengan pihak polis di daerah Mongkok dengan beberapa pertempuran berlaku kebelakangan ini.

Penunjuk perasaan turut bertindak menyekat jalan raya dan menghalakan laser ke arah polis rusuhan yang sesekali terpaksa bertindak untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Sementara itu, himpunan terbesar dijangka berlangsung esok. Protes 'rasional dan aman' itu dianjurkan kumpulan Civil Human Rights Front, yang merupakan tenaga penggerak di sebalik himpunan besar-besaran pada bulan Jun dan Julai lalu. - AFP

Lebih 1,000 orang guru turut menyertai protes aman di Hong Kong hari ini.
Lebih 1,000 orang guru turut menyertai protes aman di Hong Kong hari ini.