10 rumah rosak akibat ribut di Temerloh

Anggota APM mengerakkan bantuan membersihkan rumah penduduk yang terjejas dalam kejadian ribut petang tadi dan keadaan bumbung sebuah rumah yang terlibat selepas bahagian atapnya tercabut diterbangkan ribut.

A
A
A

TEMERLOH - Sebanyak 10 buah rumah rosak dalam kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di daerah ini petang tadi.

Kejadian ribut berserta hujan lebat kira-kira jam 4.30 petang itu melibatkan Kampung Baru Belenggu, Kampung Bangau Tanjung dan Kampung Belengu, Kampung Paya Keladan, Kampung Gong Halt (Kuala Krau), Kampung Rantau Panjang (Lanchang) dan sekitar Jalan Seri Kemuning Indah (Mentakab).

Mangsa yang terjejas diberi bantuan awal bagi meringankan beban ditanggung.
Mangsa yang terjejas diberi bantuan awal bagi meringankan beban ditanggung.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Penolong Pesuruhjaya (PA), Zainal Yusof berkata, kebanyakan rumah terlibat mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

Menurutnya, anggaran nilai kerugian akibat kejadian masih dalam siasatan.

Beliau berkata, selain APM, beberapa agensi turut terlibat menghulurkan bantuan termasuk penghulu mukim, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung terlibat, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan Roadcare.

Artikel Berkaitan: