Bazlan lompat parti: UMNO Gua Musang tidak terkejut

Bazlan Baharuddin
Bazlan Baharuddin
A
A
A

GUA MUSANG - UMNO Gua Musang tidak terkejut dengan keputusan Datuk Bazlan Baharuddin yang menyertai DAP.

Setiausaha UMNO Bahagian, Ab Aziz Yusoff berkata, Malaysia mengamalkan prinsip demokrasi dan sesiapa sahaja bebas memilih parti atau hala tuju politik masing-masing.

Ab Aziz juga menyifatkan ia satu kebebasan dalam berpolitik dan beliau sendiri mengambil pendekatan lebih optimis dalam perkara dilakukan bekas rakan separtinya itu.

“Saya harap dia lebih bahagia dengan parti barunya sekarang. Tidak ada faedah untuk kita kritik dia. Lebih baik tumpu pada parti kita sendiri,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Bazlan yang juga bekas Ketua UMNO Gua Musang itu hari ini mengesahkan menyertai DAP.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang sah sertai DAP

Tindakan tersebut dibuat pada pandangannya adalah untuk memperkukuhkan Pakatan Harapan (PH) di Gua Musang.

Bazlan, 51, sebelum ini menggalas jawatan Ketua Pemuda UMNO bagi penggal 2008 dan 2013.

Artikel Berkaitan:

Pada 2013 juga, Bazlan pernah mencabar Tengku Razaleigh Hamzah pada pemilihan jawatan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang.

Bagaimanapun, beliau tewas dan kembali mencabar Tengku Razaleigh pada tahun lalu tetapi menarik diri di saat akhir.