Terengganu peruntuk RM800,000 untuk walimatulurus perdana

x-default
x-default
A
A
A

SETIU - Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM800,000 bagi menjayakan Walimatulurus Perdana 2019 melibatkan 194 pasangan yang berlangsung serentak di seluruh kawasan Parlimen di negeri ini hari ini.

Majlis akad nikah dan resepsi dikendalikan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bertujuan membantu meringankan bebanan ahli keluarga yang tidak berkemampuan selain memudahkan proses perkahwinan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, majlis ini merupakan galakan daripada kerajaan negeri kepada generasi muda dan secara tidak langsung mengembangkan syiar Islam melalui amalan meraikan pasangan baharu.

Menurutnya, bagaimanapun syarat baru memberi kelonggaran kepada salah seorang daripada pasangan yang merupakan rakyat negeri ini yang berumur 18 tahun ke atas layak memohon.

“Rakyat negeri ini yang berusia 40 tahun ke atas asalkan belum pernah berkahwin (perkahwinan kali pertama) boleh memohon di bawah program ini.

“Setiap pasangan ditaja membabitkan kos kira-kira RM4,000 membabitkan set pakaian pengantin, jamuan, cenderamata untuk tetamu dan beberapa keperluan,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Walimatulurus 2019 Peringkat Parlimen Setiu di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, Bandar Permaisuri di sini hari ini.

x-default
x-default

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bentara Dalam A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim dan Pengarah YPKT, Ahmad Faris Abdul Razak.

Artikel Berkaitan:

Ahmad Samsuri berkata lagi, majlis seumpama ini akan diadakan lagi pada tahun ini bergantung kepada jumlah permohonan dan kerajaan negeri tidak bercadang mengurangkan pasangan yang akan ditaja pada tahun ini.

Sementara itu dalam ucapan perasmian sebelum itu, beliau mengingatkan pasangan terlibat agar menghormati keluarga mertua masing-masing.

“Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu bapa juga ibu bapa mertua dan tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh menantu kerana mengabaikan salah seorang daripada mentua seolah-olah mengabaikan kepada ibu bapa sendiri,” katanya.