Lapan maut kebakaran hotel di Ukraine

Anggota bomba memadamkan kebakaran di Hotel Tokyo Star, Ukraine. - Foto Reuters
Anggota bomba memadamkan kebakaran di Hotel Tokyo Star, Ukraine. - Foto Reuters
A
A
A

ODESSA - Lapan dilaporkan maut manakala 10 yang lain cedera dalam kebakaran hotel di bandar Odessa, Ukraine awal pagi ini.

Kebakaran berlaku pada jam 1.34 pagi (waktu tempatan) di Hotel Tokyo Star.

Seramai 65 anggota bomba dengan 13 kenderaan kecemasan mengambil masa tiga jam untuk memadamkan kebakaran.

Kenyataan perkhidmatan kecemasan memaklumkan, lapan maut manakala 10 yang lain cedera dalam kebakaran terbabit.

Pihak berkuasa Odessa berkata, seramai 150 orang dipindahkan dari lokasi kebakaran.

Sementara itu, siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kebakaran. - AFP

Artikel Berkaitan: