Aaliyah mahu peraga aksi terbaik di pentas final

Aaliyah Yoong Hanifah
Aaliyah Yoong Hanifah
A
A
A

RATU ski negara, Aaliyah Yoong Hanifah yang akan tampil dalam final acara tricks esok pada Kejohanan Ski Air Dunia IWWF 2019 menyasarkan untuk memperagakan aksi terbaik dan mencipta rekod peribadi terbaik yang baharu.

Peluncur berusia 16 tahun itu yang baru sahaja mencipta rekod baharu Asia untuk tricks selepas mengumpul 7,320 semalam, berkata terdapat peluang tipis untuk menduduki podium namun tumpuannya lebih kepada mata yang diperolehnya.

"Selalunya ada peluang (untuk menang) dalam ski air kerana dalam mana-mana sukan, apa-apa boleh berlaku.

"Saya berhasrat untuk melakukan yang terbaik dan mungkin memperbaharui rekod saya dengan mendapat skor yang lebih baik atau memadam catatan peribadi saya. Jika saya menduduki podium, ia akan menjadi mata bonus.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaan susulan kecederaan pada telinganya, Aaliyah berkata beliau berada dalam keadaan baik tetapi akan menjalani pemeriksaan selepas kejohanan berakhir.

"Saya mungkin membuat temujanji dengan doktor lain untuk memeriksa keadaan keseluruhan tetapi saya dalam keadaan baik kerana tidak ada kesakitan atau hilang pendengaran," katanya.

Antara atlet dunia yang akan bersaing dengannya pada final esok di Kompleks Sukan Air di Putrajaya ialah Neilly Ross (Kanada), Anna Gay (Amerika Syarikat) dan Jacinta Caroll (Australia). - Bernama

Artikel Berkaitan: