Dijangkiti Influenza B dan demam denggi, Cik Piah masuk hospital

Feeya Iskandar. FOTO: Instagram
Feeya Iskandar. FOTO: Instagram
A
A
A

PENGACARA dan penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau lebih dikenali sebagai Cik Piah telah dimasukkan ke hospital akibat denggi, pada Jumaat.

Cik Piah yang juga merupakan ibu kepada dua cahaya mata ini memaklumkan tentang berita tersebut di Instagram miliknya semalam.

“Tewas jua akhirnya, demam tinggi. Bila check, kena influenza B. Eloklah duduk hospital, kang duk umah takut anak berjangkit pula,” ujar Cik Piah sebagai kapsyen pada gambarnya yang sedang mendapat rawatan.

Prihatin dengan apa dengan apa yang berlaku ke atas pemilik nama sebenar Noor Shafiza Iskandar Azizan ini, rata-rata pengikut di laman Instagramnya mula meinggalkan kata-kata semangat, selain mendoakan agar CikPiah kembali sihat dan dapat kembali bertugas seperti biasa.

No Image Caption

Artikel Berkaitan: