Sasar sifar peratus terlibat dadah

Kakitangan AADK Yan sentiasa memberi kerjasama baik dalam melakukan pemeriksaan ke atas diri mereka.
Kakitangan AADK Yan sentiasa memberi kerjasama baik dalam melakukan pemeriksaan ke atas diri mereka.
A
A
A

YAN - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Yan komited dalam memastikan kakitangannya bebas daripada unsur dadah.

Ketua Unit Pencegahan AADK Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pihaknya telah menjalankan ujian saringan air kencing dalam kalangan kakitangan mereka.

Katanya, ia bertujuan untuk memastikan visi dan misi AADK tercapai, iaitu sebagai agensi pemandu yang memacu ke arah negara bebas dadah.

"AADK juga turut menjalankan pemeriksaan urin terhadap kakitangan agensi lain bagi tempoh waktu yang berbeza," katanya.

Mohamad Farid berkata, pada 2017, seramai 359 daripada 34,420 penjawat awam atau 1.04 peratus disahkan positif dadah.

"Kita mahu memastikan jumlah ini berkurangan dari tahun ke tahun sehingga mencatatkan peratus kosong.

"Ini kerana, penjawat awam sentiasa berdepan dengan masyarakat dalam menyampaikan perkhidmatan mereka," katanya.

Justeru menurutnya, mereka perlu bersih daripada gejala dadah ini dalam memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan untuk masyarakat.

Artikel Berkaitan:

"AADK juga turut menekankan lapan amalan pencegahan dadah di tempat kerja antaranya komitmen dan kepimpinan pengurusan atasan dalam menekankan berkaitan polisi dan kawalan ke atas pekerja.

"Selain itu juga, setiap agensi perlu mewujudkan jawatankuasa pencegahan dadah dalam organisasi dalaman dan banyak lagi," katanya.