Hina ATM: Wajar dikenakan tindakan tegas

Azmizam bersama beberapa individu dan NGO antaranya Ahli Majlis N46 A, Persatuan Bekas Polis Malaysia Klang, NGO Ikatan Kasih Komuniti Pulau Indah, Persatuan Gabungan Tindakan Alaf Baru Malaysia serta Komuniti Harapan Malaysia membuat laporan polis mengenai kenyataan seorang individu yang didakwa menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di IPD Klang Selatan hari ini.

A
A
A

KLANG - Tindakan tegas perlu dikenakan terhadap mana-mana individu yang mengeluarkan kenyataan menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Perbuatan itu bukan sahaja biadab, malah merupakan penghinaan secara langsung kepada Komander Angkatan Tertinggi ATM iaitu Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada orang ramai berhubung kenyataan seorang ahli perniagaan, Koon Yew Yin baru-baru ini.

"Kenyataan beliau yang menghina anggota tentera telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Kenyataan itu disiarkan di blog beliau sendiri sebelum dipetik media, namun telah dipadamkan baru-baru ini.

"Kenyataan tersebut seolah menidakkan jasa tentera dan ia tidak boleh diterima," katanya pada sidang akhbar di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, di sini hari ini.

Azmizam tengah bersama beberapa NGO mengutuk sekerasnya tindakan seorang individu yang menghina anggota tentera baru baru ini.
Azmizam tengah bersama beberapa NGO mengutuk sekerasnya tindakan seorang individu yang menghina anggota tentera baru baru ini.

Azmizam berkata, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap individu berkenaan.

"Keamanan dikecapi hari ini adalah hasil pengorbanan anggota tentera dalam mempertahankan tanah air sehingga beliau sendiri boleh mengumpul kekayaan dalam suasana yang aman.

Artikel Berkaitan:

"Saya amat berharap pihak berkuasa dapat ambil tindakan tegas terhadap individu ini agar tidak berulang. Dalam masa sama ia boleh menjadi pengajaran kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang politik supaya tidak menghina anggota tentera dan pihak keselamatan yang lain," katanya.

Terdahulu, Azmizam bersama beberapa individu dan NGO antaranya Ahli Majlis N46 A, Persatuan Bekas Polis Malaysia Klang, NGO Ikatan Kasih Komuniti Pulau Indah, Persatuan Gabungan Tindakan Alaf Baru Malaysia serta Komuniti Harapan Malaysia membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang individu yang menghina ATM di IPD Klang Selatan hari ini.