Wanita sorok buaya kecil dalam seluar

Ariel Machan Le Quire dihantar ke pusat pemulihan kerana menangkap buaya dan kura-kura tanpa permit.
Ariel Machan Le Quire dihantar ke pusat pemulihan kerana menangkap buaya dan kura-kura tanpa permit.
A
A
A

PUNTA GORDA - Seorang wanita di Florida, Amerika Syarikat mengejutkan pegawai trafik apabila menarik keluar seekor buaya kecil yang disorok di dalam seluarnya.

Susulan itu, Ariel Machan Le Quire, 25, dituduh memiliki haiwan secara haram dan telah dihantar ke pusat pemulihan.

Machan Le Quire dan pasangannya, Michael Clemons, 22, ditahan pegawai trafik Charlotte County pada Mei lalu kerana melanggar lampu isyarat.

Pemeriksaan lanjut mendapati, pasangan terbabit turut menyimpan 41 ekor kura-kura yang diletakkan dalam beg sandang ‘Teenage Mutant Ninja Turtles’.

Jurucakap agensi hidupan liar berkata, Machan Le Quire dan Clemons melakukan kesalahan kerana tidak memiliki permit untuk menangkap haiwan berkenaan.

Machan Le Quire dihantar ke pusat pemulihan pada Khamis lalu, sementara hukuman ke atas Clemons ditangguhkan. - Agensi

Artikel Berkaitan: