Lelaki rosakkan patung kuil ditahan

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Polis Perak menahan seorang lelaki warga Indonesia kerana disyaki menceroboh dan merosakkan kuil Sri Maha Mariaman Kampung Dusun, Bertam Ipoh pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Lim Hong Shuan berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditangkap oleh sepasukan anggota berhampiran kuil berkenaan kira-kira jam 4.15 pagi.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang dibuat pengerusi kuil itu pada jam 1.50 pagi tadi menyatakan sebanyak 15 patung di dalam kuil itu dirosakkan.

"Kita dapati suspek tiada pekerjaan dan ujian urin juga positif. Suspek juga disyaki kurang siuman.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu Hong Shuan turut menasihati semua pihak supaya tidak membuat spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan polis.

Artikel Berkaitan: