Pertahan Dr Zakir Naik demi Islam: MP Kuala Krai

Abdul Latiff Abdul Rahman
Abdul Latiff Abdul Rahman
A
A
A

KUALA KRAI - Demi Islam, agamawan Dr Zakir Naik perlu dipertahankan umat Islam negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, banyak pihak sering silap mentafsir kenyataan beliau.

"Setelah meneliti kenyataan 'penuh' Dr Zakir Naik terhadap isu pengusiran 'tetamu lama', saya berpendapat kenyataannya tidak sepenuh memberi erti bahawa beliau bermaksud seperti yang difahami banyak pihak.

"Pada masa sama, tindakan kerajaan India sebenarnya penuh kekaburan dan tidak mempunyai bukti yang kukuh, seakan mereka takut dengan kepetahan Dr Zakir Naik dalam berhujah tentang Islam," katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai berkata, DAP ialah parti yang bermasalah dengan Islam.

"Mereka sering menyerang Islam dengan pelbagai hujah dangkal tidak masuk akal dana dalam isu Dr Zakir Naik, DAP sangat berlebihan sehingga menjadikan ia agenda antarabangsa untuk menekan Islam.

"Jangan dengan hanya memiliki kuasa yang secebis, DAP cuba menunjukkan taring ibarat diberi betis hendak paha," katanya.

Abdul Latiff pada masa sama turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap pimpinan DAP.

Artikel Berkaitan:

"Kita pula selaku umat Islam wajib mempertahankan Dr Zakir Naik untuk kekal di Malaysia demi Islam walau dengan apa sahaja cara sekalipun.

"Keadaan ini menunjukkan kepada DAP umat Islam bersaudara," katanya.

Menurutnya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut bertegas dalam hal berkaitan Dr Zakir Naik.