Kebakaran hutan di Sarawak semakin bertambah

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dari Balai Bomba Asajaya bertungkus lumus memadamkan kebakaran - Foto Bernama
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dari Balai Bomba Asajaya bertungkus lumus memadamkan kebakaran - Foto Bernama
A
A
A

KUCHING - Insiden kebakaraan hutan di Sarawak semakin bertambah dengan 17 lagi kes dilaporkan setakat 8 pagi ini menjadikan keseluruhan 494 kes dilaporkan sejak 1 Ogos, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak.

Jumlah kawasan terjejas setakat ini ialah seluas 1,391.73 ekar serta turut terjejas dua buah rumah masing-masing di Kampung Sangki, Simunjan dan Kampung Sedi di Pulau Bruit.

“Secara Purata JBPM Sarawak bertindak ke atas 30 kes kebakaran api belukar setiap hari dan untuk hari ini, bahagian Kuching mencatat kes tertinggi dengan lapan kes, diikuti Miri (4) dan Betong (3),” menurut kenyataan JPBM Sarawak.

Antara lokasi yang masih melibatkan operasi sehingga hari ini ialah di Kampung Sedi, Pulau Bruit, Tanjung Manis yang memasuki hari ke-10 yang melibatkan keluasan terbakar seluas 40 hektar (100 ekar) di mana keluasan yang telah berjaya dipadamkan ialah 36.8 hektar (92 ekar).

“Selain itu, Kampung Tuie, Sarabang, Betong telah memasuki hari ketujuh dengan melibatkan keluasan yang terbakar seluas 26.4 hektar (66 ekar) manakala keluasan yang telah berjaya dipadam ialah 24 hektar (60 ekar),” katanya.- Bernama

Artikel Berkaitan: