'ISA tak patut dimansuhkan'

Musa
Musa
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpandangan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) tidak sepatutnya dimansuhkan.

Bagaimanapun katanya, agak sukar untuk ISA dikuatkuasakan semula setelah ia dimansuhkan.

"Tetapi kalaulah diwujudkan semula boleh ke? Itu masalahnya cakap senang tapi Parlimen luluskan atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kembalikan ISA tangani provokasi perkauman: Ibrahim Ali

"Realiti agak sukar benda kita sudah buang nak dapat balik susah lah," katanya kepada Sinar Harian.

Justeru beliau meminta agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dikuatkuasakan bagi membendung gejala negatif ketika ini.

"Yang ada SOSMA polis kena tegaskan untuk jaga keselamatan negara, keadaan semasa," katanya lagi.

Terdahulu, Pengerusi Penaja dan Pengasas Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Dr Ibrahim Ali, mencadangkan agar ISA dikuatkuasakan semula bagi membendung isu ketegangan kaum.

Artikel Berkaitan:

Kata Ibrahim, ISA perlu dihidupkan segera kerana undang-undang sedia ada hanya boleh mengambil tindakan selepas negara kucar-kacir, bukannya bertujuan mahu mencegah.

Katanya, ISA membolehkan tindakan dikenakan ke atas mereka yang menjadi dalang atau bersikap ‘baling batu sembunyi tangan’ untuk mencetuskan ketegangan dan rusuhan kaum di Malaysia.

Justeru katanya, kerajaan perlu melaksanakan referendum bagi mengumpul suara rakyat untuk mengembalikan semula ISA di samping mengekalkan Akta Hasutan 1948 berikutan banyak perkara bertentangan Perlembagaan Persekutuan dan isu sensitif dibangkitkan.

“Saya percaya apa berlaku hari ini, kebiadaban, keangkuhan dan sifat kurang ajar sesetengah pihak adalah disebabkan ISA telah dimansuhkan.

“Referendum rakyat diperlukan sama ada mahu kembalikan ISA atau tidak. Saya percaya majoriti akan menyokong kerana tiada siapa yang nak lihat negara huru-hara melainkan golongan minoriti. Bawa usul ini ke persidangan Parlimen akan datang," katanya.