Bunuh teman lelaki gara-gara diejek gemuk

No Image Caption
A
A
A

ZHENGZHOU - Seorang wanita hilang pertimbangan apabila menikam sehingga mati teman lelakinya menggunakan gunting dalam kejadian di wilayah Henan, China pada Khamis lalu.

Suspek bertindak demikian akibat berang dipanggil gemuk oleh mangsa.

Sebelum kejadian, suspek mengajak mangsa makan aiskrim namun, perkataan yang keluar daripada mulut mangsa menyebabkan suspek mengamuk.

"Kamu sudah gemuk," demikian perkataan yang dilontarkan suspek kepada mangsa, kata saksi.

Kejadian tragis itu berlaku di sebuah kaki lima dan turut disaksikan orang ramai.

Mangsa maut akibat ditikam sebanyak empat kali.

Suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan serta turut mengalami kecederaan ringan pada pergelangan tangan. - Agensi

Artikel Berkaitan: