Rakyat Malaysia bakal jadi pelajar termuda di RCSI, Dublin

Emir bakal melanjutkan pembelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di RCSI pada September ini. Sumber: The Sun Daily (Gambar kecil, Kejayaan Emir turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.)
Emir bakal melanjutkan pembelajarannya dalam Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di RCSI pada September ini. Sumber: The Sun Daily (Gambar kecil, Kejayaan Emir turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.)
A
A
A

KUALA LUMPUR - Remaja berusia 16 tahun telah mengharumkan nama negara sekali gus mencipta sejarah apabila berjaya melayakkan diri bergelar pelajar termuda di Royal College of Surgeon Ireland (RCSI) di Dublin, Ireland.

Memetik laporan The Sun Daily, ketika berusia 14 tahun, Emir Haady Zulkharnain telah berjaya menduduki peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE) di STARS International Academy di Kelana Jaya.

Melalui peperiksaan itu, Emir Haady berjaya memperoleh kecemerlangan dengan keputusan 6A+ bagi mata pelajaran Matematik Antarabangsa, Fizik, Kimia, Biologi, Bahasa Melayu dan Matematik, A1 dalam mata pelajaran Matematik Tambahan dan 1B untuk Bahasa Inggeris.

Lebih mengagumkan, Emir Haady hanya memerlukan masa selama 10 bulan untuk memperoleh keputusan cemerlang itu.

Tidak terhenti di situ ketika berusia 15 tahun, Emir Haady sekali lagi mengulangi kejayaannya apabila berjaya menamatkan pengajiannya pada peringkat A-Level dengan keputusan yang cemerlang dengan memperoleh A bagi mata pelajaran Kimia dan Matematik serta A+ untuk Fizik.

"Saya tidak dapat melihat diri saya menjalani kehidupan dengan cara lain selain daripada menjadi seorang doktor," katanya.

Menurutnya, punca minatnya terhadap bidang perubatan timbul adalah daripada pengaruh keluarganya.

"Pada mulanya ingin menjadi seorang angkasawan tetapi minat berubah setelah meningkat lebih dewasa dan ketika berusia 11 tahun minat saya lebih kepada perubatan.

"Ayah saya juga dalam bidang yang sama. Dia seorang yang bekerja keras dan suka dengan apa yang dia lakukan jadi saya ingin jadi seperti dia," katanya.

Artikel Berkaitan: