Saya masih berbajulah: Dayana Roza

Dayana Roza
Dayana Roza
A
A
A

PELAKON, Dayana Roza tidak menyangka gambar iklan produk sabunnya, Dermaganic menjadi isu segelintir netizen yang menyangka dia tidak mengenakan sehelai kain pada tubuhnya.

Bagaimanapun, jelas pelakon berusia 28 tahun itu dia masih memakai singlet dan hanya mahu mengambil pendekatan ‘less is more but simple’.

“Kononnya saya nak buatlah macam ala-international look. Saya tahu dan percaya perkara ini takkan jadi isu kalau bukan saya jadi model tu sendiri.

“Cuma saya dan team marketing sudah sebulat suara sebab ini adalah produk saya sendiri dan kenalah letak muka saya.

“Saya OK dan masih berbaju. Misal kata pakai off shoulder pun boleh menimbulkan 1001 kontroversi juga. Walhal kat paras bawah masih berpakaian, jangan risau saya masih tahu batas,” jelasnya.

Dayana Roza
Dayana Roza

Dayana ditemui Sinar Harian ketika majlis tayangan perdana filem arahan Opie Zami, berjudul Kron di MM Cineplex, Kota Damansara.

Menurut Dayana lagi, tiada niatnya untuk menimbulkan sebarang kontroversi demi untuk memperoleh keuntungan dengan jalan sebegitu.

Artikel Berkaitan:

“Saya faham kadang-kadang ia terlalu sensitif bagi setengah pihak. Tetapi bagi saya, tiada niat lain nak cetuskan kontroversi.

“Saya tak nak ada apa-apa isu mahupun kontroversi kerana saya sudah tenang tahun ini tanpa cerita seumpama itu.

“Saya tak mahulah meraih pendapatan menerusi marketing mengaibkan diri dan enggan kerana isu sebegini masyarakat beriya WhatsApp nak beli produk saya.

“Begitupun, kalau ini jalan dan rezeki saya reda,” ulasnya.

Dalam pada masa sama, Dayana berkata, dia respek apabila orang awan memberikan teguran kepadanya.

“Saya hormat pandangan mereka dan begitu juga saya mahu mereka menghormati saya,” katanya baru sahaja tiga bulan menjalankan bisnes berkenaan.