Status penduduk tetap Zakir Naik boleh ditarik balik: PM

Tun Dr Mahathir (tengah) mengenakan jaket kulit yang diterimanya semasa mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat AirAsia, RedQ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini. - Foto Bernama
Tun Dr Mahathir (tengah) mengenakan jaket kulit yang diterimanya semasa mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat AirAsia, RedQ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata status penduduk tetap (PR) pendakwah Islam, Dr Zakir Naik, boleh ditarik balik sekiranya perbuatannya terbukti menjejaskan kesejahteraan negara.

Bagaimanapun beliau berkata kerajaan akan menunggu penyiasatan polis terhadap dakwaan kenyataan sensitif oleh pendakwah itu terhadap kaum Cina dan India di Malaysia.

"Beliau (Zakir) mempunyai status PR. Kita boleh menarik balik status PR itu jika beliau melakukan sesuatu yang menjejaskan kesejahteraan negara.

"Pada masa ini polis sedang menyiasat sekiranya beliau melakukannya atau tidak. Jika beliau berbuat demikian, maka kita perlu menarik balik status PR beliau," kata Dr Mahathir kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat AirAsia, RedQ di sini.

Dr Mahathir berkata terdapat keperluan untuk mengambil tindakan menghalang Zakir daripada membuat ucapan provokatif, yang dilihat cuba melaga-lagakan pelbagai kaum. - Bernama

Artikel Berkaitan: