Polis, mufti saran batal ceramah Dr Zakir di Perlis

A
A

  1. Polis, mufti saran batal ceramah Dr Zakir di Perlis

Polis menasihati penganjur program Malaysia Reverts Camp yang dijadual berlangsung selama tiga hari bermula hari ini, membatalkan slot ceramah penceramah bebas, Dr Zakir Naik dan anaknya, Fariq Naik, atas faktor keselamatan.

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, saranan itu bertujuan meredakan keadaan semasa yang dilihat tegang, berikutan kenyataan penceramah bebas itu disalah gunakan pihak tertentu.

Ia membabitkan soal keselamatan dan isu mengaitkan Dr Zakir ketika ini agak panas, selain sudah lebih 150 laporan polis dibuat ke atasnya,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Mengulas lanjut, Noor Mushar berkata, pihaknya sudah menghubungi Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, mengenai cadangan pembatalan penceramah kontroversi berkenaan.

Meskipun dia tidak dibenarkan memberi ceramah, namun Dr Zakir masih boleh memasuki Perlis dan menghadiri program berkenaan.

2. Yew Yin akan di panggil Bukit Aman

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, ahli perniagaan Koon Yew Yin, akan di panggil dalam masa terdekat, untuk diambil keterangan berhubung kenyataan kontroversi menghina tentera.

Menurutnya, sehingga kini polis telah menerima 81 laporan polis di seluruh Negara, berkaitan isu ini dan dijangka jumlah itu akan terus bertambah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan dan dan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Bagaimanapun ahli perniagaan itu kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia.

3. Jangan desak Tun M berundur

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun berpandangan, Pimpinan Pakatan Harapan (PH) diingatkan agar tidak bersikap gelojoh, mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berundur daripada jawatannya lebih awal.

Dr Mahathir perlu diberi sokongan untuk menyelesaikan tugas-tugasnya memimpin negara.

Rina berkata, Dr Mahathir juga perlu diberi ruang untuk memberikan fokus terhadap pentadbiran Negara, sebelum jawatan tersebut diserahkan kepada orang lain.

Tambahnya, biar Dr Mahathir fokus terajui kerajaan. Beri beliau sokongan penuh, kerana ada banyak lagi isu rakyat yang belum diselesaikan,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian di pejabatnya semalam.

Sumber Video: SinarTV

4. Lelaki dakwa Nora Anne dirogol orang asli ditahan polis

Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun, yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ciapan yang dimuat naik di laman sosial, mendakwa remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dirogol orang asli.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, ketika hadir untuk memberi keterangan kepada polis semalam.

Beliau berkata demikian, ketika mengulas mengenai satu ciapan oleh seorang pengguna dengan nama Zikri Armstrong yang mendakwa remaja warga Ireland yang dilaporkan hilang sebelum ditemukan mati pada Selasa lalu.

Terdahulu, mayat Nora Anne tanpa berpakaian ditemui kira-kira jam 1.57 petang oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

5. Budak 10 tahun disambar buaya

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun maut, selepas diserang seekor buaya air masin dalam kejadian di pulau Palawan di selatan Filipina, kata pihak berkuasa kelmarin.

Kejadian mengerikan itu berlaku ketika mangsa dan dua abangnya, berada di atas sebuah bot berhampiran pekan Balabac.

Sungai di Balabac terkenal dengan serangan reptilia itu sejak beberapa tahun lalu.

Mangsa ditarik buaya berkenaan di hadapan adik-beradiknya yang lain dalam ketakutan.

Mayat mangsa berjaya ditemui oleh nelayan pada pagi Isnin dan

Mayat dalam keadaan tidak sempurna ditemukan berhampiran kawasan paya bakau,".


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia